02 Februari 2013

Mesyuarat Perlantikan AJK Krt 2013/2014

Syukur alhamdulillah pada 2 Februari 2013 (Sabtu) pada jam 3.30 petang telah berlangsung mesyuarat pemilihan ajk yang baru. Walaupun kehadiran penduduk setempat tidak memuaskan ,mesyuarat dapat dijalankan dengan jayanya. Saya bagi pihak Krt Taman Cermai ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir. Tidak lupa juga pada Bg Zul (Encik Zulkifli bin Osman) selaku Setiausaha Krt dari tahun 2009 hingga 2012 yang ingin melepaskan jawatan yang dipegangnya atas faktor usia dan kesihatan.Kepada ajk yang terpilih diharap dapat memberikan komitmen yang jitu demi kemajuan penduduk setempat.

24 Julai 2011

11 Julai 2011

26 Jun 2011

Perjalanan Mesyuarat Kali ke 5

Mesyuarat ajk KRT kali ke 5 telah selesai diadakan pada 25 Jun yang lalu. Mesyuarat diadakan selepas mesyuarat ajk Surau Al Ikhlas yang memberikan penekanan khusus pada sambutan Isra dan Mikraj yang akan diadakan pada 2 Julai 2011, hari Sabtu. Antara perkara yang diputuskan ialah:
1.Pengedaran borang bancian isu rumah
2.Pengedaran borang soal selidik penubuhan Skim Rondaan Sukarela
3.Pengedaran borang pertandingan bowling
4.Memutuskan untuk menggugurkan mana-mana ahli yang tidak hadir 6 kali mesyuarat tanpa sebab dan makluman pada Pengerusi dan Setiausaha.
5.Cadangan penambahbaikan aktiviti KRT
6.Memutuskan memberi sumbangan RM 50.00 pada anak ahli ajk KRT Tmn Mahsuri yang melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kepada ahli KRT yang hadir diucapkan terima kasih.
"komitmen kita cerminan kesungguhan kita"

21 Jun 2011

Penundaan tarikh Mesyuarat ajk kali ke 4

Dimaklumkan bahawa mesyuarat ajk Krt Taman Cermai yang pada mulanya pada 23 Jun 2011 telah ditunda ke 25 Jun 2011

Tarikh : 25 Jun (Sabtu malam Ahad)
Jam 9.30 malam
Tempat Surau Al Ikhlas
Sekian harap maklum, sebarang kesulitan pohon dimaafkan..

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
1. SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
a) Saiz
 Semua reka cipta hendaklah bersifat dinamik dan sesuai
digunakan sebagai identiti korporat Sekretariat Rukun
Negara.
 Rekacipta logo boleh dibuat sama ada menggunakan lukisan
tangan (‘free hand’) atau grafik komputer.
 Logo yang dicipta hendaklah berukuran 6 inci x 6 inci dan
ditampal atau dicetak di atas kertas A4 (ukuran 21cm x
29.7cm) dan dilekatkan pada ‘mounting board’ berwarna
hitam berukuran A3 dan juga di dalam ‘soft copy’ dalam
format JPEG (resolusi 800 x 600 pixel).
 Reka bentuk logo hendaklah menggunakan tidak lebih dari
tiga(3) warna tidak termasuk hitam dan putih.
b) Rasional Rekaan
 Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan
(rasional) ke atas reka bentuk dari segi perkataan, simbol
dan warna yang digunakan secara padat dan ringkas dalam
Bahasa Melayu. Penghasilan Logo perlu selari dengan objektif penubuhan
SRN.
 5 prinsip Rukun Negara hendaklah diambil kira.
 Mempunyai ciri-ciri masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum.
 Menggambarkan peranan KRN sebagai Penjana Perpaduan
dan Integrasi Nasional di kalangan mahasiswa.
 Reka bentuk logo tidak boleh mengandungi unsur yang
dianggap sensitif dari segi kaum, budaya dan agama.
c) Keaslian Logo
 Semua ciptaan logo dan motto hendaklah baru dan asli.
Setiap peserta hendaklah tidak meniru logo atau motto
tersedia ada atau seakan-akan sama dengan
web/syarikat/kelab atau kepunyaan orang lain dalam dan
luar negeri. JPNIN berhak menarik balik hadiah sekiranya
ciptaan bukan asli.
2. SYARAT PENYERTAAN
a) Pertandinagn adalah terbuka kepada ahli SRN seluruh negara.
Setiap peserta dibenarkan menghantar tidak lebih dari tiga (3)
penyertaan.
b) Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.c) Semua penyertaan yang diterima menjadi hak milik JPNIN dan
boleh digunakan tanpa syarat serta tidak akan dikembalikan.
d) Jabatan berhak menggunakan logo yang diterima dan
mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek.
e) Keputusan panel juri yang dilantik oleh JPNIN adalah
muktamad dan panel juri berhak mengubahsuai dan meminda
rekabentuk logo yang disertakan.
f) JPNIN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang
kehilangan atau kerosakan atau apa-apa kos yang ditanggung
oleh peserta.
g) Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang
penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta dan
dilekatkan di belakang ‘mounting board’ hasil karya.
h) Penyertaan dibuka selama sebulan bermula daripada
7 Jun hingga 8 Julai 2011.
i) Penyertaan yang tidak mengikut kehendak syarat-syarat
penyertaan di atas dan dihantar lewat dari tarikh yang
ditetapkan tidak akan dilayan dan penyertaan akan terbatal
secara automatik. Sebarang rayuan tidak akan diterima.
j) Penyertaan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Perpaduan Masyarakat
Aras 8, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYAk) Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui telefon
03-88837165/7151/7180 atau e-mel kepada
norazila@jpnin.gov.my atau juwanayon@jpnin.gov.my.

20 Jun 2011

Notis Mesyuarat kali ke 4

Rujukan Kami : Bil (1.4) dlm RT/TC/MES

Tarikh : 15 JUN 2011
Ahli Jawatankuasa ,
Rukun Tetangga Taman Cermai,

Tuan/Puan

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA KALI 4/2011
Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
2 Sukacita dimaklumkan bahawa saya dengan ini menjemput tuan/puan ke mesyuarat ahli jawatankuasa Rukun Tetangga kali 4 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Jun 2011 (Khamis)
Masa : 9.30. mlm
Tempat : Restoran Cemara
Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Pegawai Perpaduan Daerah
2. Pembentangan Cadangan Ketua Blok
3. Post Mortem Sukaneka Perpaduan
4. Perbentangan kertas kerja dan aktiviti Krt 2011
5. Cadangan Penubuhan SRS
6. Hal –hal lain.

3 Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat tersebut amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT”
Saya yang menurut perintah,
………………………….
(ABD MAJID BIN TAIB)
Pengerusi
Rukun Tetangga Taman Cermai

s.k i Tuan Pegawai Perpaduan Daerah -Tuan dijemput hadir bersama.
ii. Tuan Setiausaha KRT