12 Februari 2010

Jawatankuasa Hari Pelancaran KRT

J/k Sukaneka : En. Muhammad Hatta Md.Amin
J/k Siaraya : En.Mohd Shahrol Shamsudin
J/k Keselamatan : En.Saleh Bakar
J/k Cenderahati : Pn.Hosnie Osman
J/k Persiapan Tempat: En.Rasit Ismail/En.Abd Ghani Ramli
J/k Jemputan VIP: Pejabat Perpaduan Daerah
Krt Daerah: Setiausaha
Sambutan: Pengerusi/ N.Pengerusi/Setiausaha
J/k Jamuan : En.Ahmad Ramli
J/k Buku Program: En.Abd Majid Taib
Pengacara majlis: En.Mat Shohor Mat Arshad

Pelancaran KRT Taman Cermai


Majlis Pelancaran KRT Taman Cermai akan diadakan pada:
Hari : Sabtu
Jam : 3.00 petang
Tarikh: 27 Februari 2010
Tempat: Padang Permainan Taman Cermai
Perasmian Oleh; Y.B Dato Johari Baharum, Ahli Parlimen Kubang Pasu

KURSUS KRT-SRS KUBANG PASU

JITRA - Sebanyak 50 pertubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah menyertai kursus pemantapan bagi meningkatkan lagi kefahaman seluruh anggota sukarela tersebut dalam kerja-kerja perlaksanaan gerak kerja di setiap kawasan perumahan dan penempatan penduduk.

Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah, Ismail Zakaria berkata, kursus tersebut adalah sebagai bentuk pendedahan kepada semua ahli jawatankuasa KRT dan SRS yang baru ditubuhkan di setiap kawasan dalam daerah ini.

Menurutnya, penglibatan peserta kursus tersebut adalah daripada ahli jawatankuasa KRT dan SRS yang baru sahaja ditubuhkan iaitu bermula dari penghujung 2008 hinggalah September 2009.

“Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mereka mengenai hal-hal berkaitan pengurusan dan perjalanan KRT dan SRS yang ditubuhkan di kawasan perumahan mereka agar ianya dapat berjalan lancar dengan peranannya.

“Peserta yang dipanggil menghadiri kursus ini adalah terdiri daripada pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha dan bendahari dari KRT manakala SRS pula adalah ketua biro keselamatan dan ketua peronda,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kursus yang melibatkan beberapa slot dan pengisian kursus tersebut memfokuskan kepada hal-hal yang berkaitan pentadbiran dan pengurusan perjalanan KRT dan SRS bagi memantapkan lagi pertubuhan tersebut dalam memainkan peranannya di dalam masyarakat setempat.

Ismail berkata, kursus tersebut bukan sahaja memberikan pendedahan malah turut memberikan kefahaman kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan konsep sebenar penubuhan dua pertubuhan tersebut.

“Bagi anggota SRS pula mereka akan mendapat kefahaman mengendalikan sistem rondaan serta mempertingkatkan kefahaman dari segi dan aspek undang-undang sekali gus menjadi panduan kepada anggota lain,” katanya.

Sementara itu, peserta kursus, Siti Dewi Che Man berkata, kebaikan menghadiri kursus tersebut banyak diperolehnya kerana memandangkan penubuhan KRT di kawasan perumahannya baru sahaja dilancarkan.

Menurutnya, dengan adanya pendedahan tersebut ianya dapat membuka minda serta gambaran dari segi perlaksanaan

secara berkesan dalam kes-kes tertentu yang berlaku di kawasan perumahan tersebut.

“Kebaikan yang diperoleh ialah dapat mengetahui peranan Rukun Tetangga kepada anggota masyarakat khususnya di taman perumahan selain mengukuhkan lagi keakraban dan hubungan antara penduduk,”katanya.

Awang Selamat-Utusan Malaysia

SKIM Rukun Tetangga atau dikenali sebagai RT cukup aktif sekitar 20 tahun lalu. Semua golongan penduduk ditemukan dalam aktiviti kemasyarakatan itu.

Baik Melayu, Cina, India, Punjabi dan semua bangsa bersatu padu menjayakan program itu. Balai-balai RT diuruskan oleh mereka. Jika pengerusinya seorang Cina, maka setiausahanya ialah Melayu dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada semua golongan.

Setiap malam, kumpulan demi kumpulan diatur bagi meronda kawasan kejiranan masing-masing.

Pendek kata, aktiviti itu muhibah sifatnya dan amat ideal dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.

Kini, sejak beberapa tahun kebelakangan, skim itu sudah hilang hangatnya.

Awang, tidak pasti sama ada skim RT itu masih wujud atau tidak? Namun apabila terbaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon semalam, yang meminta RT bergiat lebih aktif lagi, barulah Awang sedar rupa-rupanya ia masih wujud.

Awang berharap skim RT dapat digemilangkan semula seperti mana 20 tahun lalu. Uar-uarlah melalui media supaya ia dikenali semula.

Melalui pengalaman 20 tahun lalu, Awang yakin skim RT ini berupaya mengembalikan perpaduan antara kaum dalam erti kata muhibah yang sebenar.

PENYERAHAN GAMBAR

Makluman kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dipilih sila serahkan 2 keping gambar berukuran pasport untuk urusan permohonan kad kenal diri rukun tetangga. Gambar-gambar tersebut boleh diberikan pada setiausaha En.Zul. Harap ambil perhatian.