04 Jun 2011

Banner Keselamatan Jalan Raya



Banner ini akan diletakkan di bawah papan tanda KRT Taman Cermai iaitu di hadapan pintu masuk ke Taman Cermai disebabkan timbul rungutan dalan kalangan penduduk terdapat penunggang motorsikal dan kereta yang memandu laju di dalam kawasan taman tanpa menghiraukan keselamatan kanak-kanak yang bermain di situ. Kesedaran sivik harus bermula dalam diri pemandu - pemandu kerana soal keselamatan harus dipandang tinggi dan tidak diambil mudah.

23 Mei 2011

Mesyuarat Ajk Kali 2

Mesyuarat ajk kali kedua 30 Mei 2011 (Isnin) jam 9.30 malam bertempat Restoran Cemara khusus membincangkan perjalanan dan susun atur sukaneka perpaduan. Diharap semua ajk tidak menguzurkan diri.Dengan adanya penganjuran sukaneka perpaduan ini secara tidak langsung dapat merealisasikan moto JPNIN iaitu "membudayakan perpaduan meraikan kepelbagaian " yang merupakan manifestasi rasa tanggungjawab KRT Taman Cermai. Semoga selepas ini , KRT Taman Cermai akan lebih dinamik, berdaya maju dan segar sejajar dengan aspirasi Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Kubang Pasu

SUKANEKA PERPADUAN

Tarikh: 11 Jun 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00 pg- 12.00 tgh
Tempat: Padang Awam Fasa 1 (sebelah surau)

Acara Sukaneka
acara pagi-senamrobik
acara prasekolah-mewarna
acara utk kanak-kanak-tarik tali/bawa bola pingpong dlm sudu/basikal lambat/cari gula-gula
acara dewasa (l)-tarik tali/bowling nyoq/belon air-semakin dekat semakin sayang/ basikal lambat/timbang sepak raga/isi air dlm botol
acara wanita-anyam ketupat/kupas kulit epal

SEMUA PENDUDUK TAMAN CERMAI DIJEMPUT HADIR !!!!

11 Mei 2011

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mantan ajk Krt Taman Cermai yang telah bersama-sama menjayakan penubuhan dan mengadakan aktiviti bagi tahun 2009 hingga Mei 2011.

AJK KRT 2011/2012

Tahniah kepada semua penduduk Taman Cermai yang telah dilantik sebagai ajk yang baru bagi sesi 2011/2012. Marilah bersama-sama kita menjayakan aktiviti yang akan diadakan pada tahun 2011 ini.

20 Februari 2011

Tahniah!!

Kini Surau Al Ikhlas Taman Cermai mempunyai blognya yang tersendiri. Untuk mengikuti berita dan perkembangan terkini , anda boleh melayari http://www.alikhlascermai.blogspot.com/

19 Februari 2011

Sambutan Maulidurrasul

Tahniah kepada jawatankuasa surau Al Ikhlas Taman Cermai yang telah berjaya menganjurkan sambutan maulidur rasul pada tahun ini. Antara pengisian yang telah diadakan ialah ceramah dan persembahan kesenian islam daripada pelajar - pelajar pondok Derang, Jitra. Pada sebelah pagi telah diadakan kenduri dimana seekor lembu telah ditumbangkan.Masakan secara gotong royong telah disediakan oleh penduduk Taman Cermai. Sambutan yang diterima sama ada daripada penduduk Taman Cermai dan masyarakat disekitarnya amat manggalakkan.