17 Jun 2011

Info Terkini


Hasil perjumpaan dengan En.Ismail Zakaria beliau telah memaklumkan bahawa Yang Berhormat Dato Saad Hj Man , Adun Jitra telah bersetuju untuk hadir merasmikan penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Bowling tertutup Taman Cermai pada 16 Julai 2011.

15 Jun 2011

PENDAFTARAN BOWLING


KEPADA PESERTA YANG INGIN MENYERTAI PERTANDINGAN DIGALAKKAN MENDAFTAR AWAL BAGI MEMUDAHKAN TEMPAHAN TEMPAT SERTA URUSAN HADIAH DAN MEMASTIKAN KELICINAN URUSAN-URUSAN YANG LAIN.

14 Jun 2011

KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP TMN CERMAI



PERTANDINGAN BOWLING
KRT TAMAN CERMAI 2011
1. Sasaran Aktiviti : Terbuka kepada semua penduduk Taman Cermai dari peringkat umur 12 tahun sehingga dewasa dari pelbagai kaum.
2. Matlamat Aktiviti : Memperkembangkan potensi diri dan mencari johan Taman Cermai bagi mewakili taman dalam pertandingan bowling KRT peringkat Kubang Pasu.
3. Nama Aktiviti : Pertandingan Bowling KRT Taman Cermai 2011
4. Objektif : 1. Membina perkembangan fizikal dan mental.

2. Memberi peluang berinteraksi dan
bersosial dalam kemasyarakatan.
5. Sumber Kewangan : 1. Setiap peserta (RM5.00 seorang)

2. KRT Taman Cermai
6. Kos : 1. Hadiah
2. Sarapan pagi dan makan tengahari
3. Salinan borang penyertaan & jemputan
7. Jangkamasa : 1 hari
8. Tarikh : 16 Julai 2011
9. Masa : 10.30 pagi hingga 4.00 petang
10. Sumber tenaga : Semua jawatankuasa KRT Taman Cermai

Sukaneka Perpaduan 11 jun 2011















KRT Taman Cermai telah menganjurkan Sukaneka Perpaduan Taman Cermai pada tarikh berikut:

Tarikh : 11 Jun 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Padang Awam Fasa 1

Berikut adalah acara sukaneka yang telah dipertandingkan:
- Kerusi Berirama
- Jalan atas bata
_ Anyam ketupat
_ Kupas buah Epal
_ Tuju tin
- Boling kelapa
- Semakin jauh semakin sayang (guna bola p/pong)
- Sepak Raga Bulatan
- Perlumbaan Basikal Terlambat
- Tarik Tali
Beberapa hadiah cabutan bertuah turut diadakan semasa sukaneka diadakan. Hadiah utama cabutan bertuah adalah sebuah basikal. Cabutan bertuah berkenaan telah dimenangi oleh En. Zulkifli Osman yang juga merupakan setiausaha Krt Taman Cermai . Tahniah diucapkan kepada beliau. Hadiah telah disampaikan oleh En.Ismail Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah yang turut berucap pada perasmian penutup.

Program sukaneka yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk Taman Cermai . InsyaAllah program ini akan dianjurkan sebagai acara tahunan KRT. Pihak urus setia pertandingan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang pertandingan dan memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang penganjuran program ini . KRT Taman juga mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk yang telah melapangkan masa mengikuti program yang dianjurkan.

05 Jun 2011

Kelas Tomoi anjuran KRT Taman Cermai

Dengan slogan " Integrasi Pemangkin Kecemerlangan" Krt Taman Cermai akan mengadakan kelas tomoi untuk penduduk Taman Cermai . Penyertaan terbuka kepada semua kaum. Had umur bagi kanak-kanak ialah 10 tahun ke atas (lelaki sahaja). Penyertaan bagi golongan dewasa adalah dialu-alukan. Yuran bulanan yang dikenakan ialah Rm 30 per individu @ rumah. Buat sementara ini , latihan akan dijalankan di perkarangan surau Al-Ikhlas dengan dibimbing oleh En.Sharlizam iaitu jurulatih tomoi dari Majlis Sukan Negeri Kedah . Dengan adanya kelas tomoi ini diharapkan golongan remaja terutamanya mempunyai semangat jatidiri yang tinggi dan seterusnya dapat membendung mereka dari terlibat dengan anasir yang tidak diingini selain dari dapat menyihatkan badan dan seterusnya menyahut seruan pimpinan negara dalam melahirkan warganegara yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.

04 Jun 2011

Banner Keselamatan Jalan Raya



Banner ini akan diletakkan di bawah papan tanda KRT Taman Cermai iaitu di hadapan pintu masuk ke Taman Cermai disebabkan timbul rungutan dalan kalangan penduduk terdapat penunggang motorsikal dan kereta yang memandu laju di dalam kawasan taman tanpa menghiraukan keselamatan kanak-kanak yang bermain di situ. Kesedaran sivik harus bermula dalam diri pemandu - pemandu kerana soal keselamatan harus dipandang tinggi dan tidak diambil mudah.

23 Mei 2011

Mesyuarat Ajk Kali 2

Mesyuarat ajk kali kedua 30 Mei 2011 (Isnin) jam 9.30 malam bertempat Restoran Cemara khusus membincangkan perjalanan dan susun atur sukaneka perpaduan. Diharap semua ajk tidak menguzurkan diri.Dengan adanya penganjuran sukaneka perpaduan ini secara tidak langsung dapat merealisasikan moto JPNIN iaitu "membudayakan perpaduan meraikan kepelbagaian " yang merupakan manifestasi rasa tanggungjawab KRT Taman Cermai. Semoga selepas ini , KRT Taman Cermai akan lebih dinamik, berdaya maju dan segar sejajar dengan aspirasi Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Kubang Pasu