09 Oktober 2010

Sambutan Aidil Fitri 2010

Pada 9.10.2010 pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di perkarangan surau Al Ikhlas, Taman Cermai telah berlangsungnya sambutan Aidil Fitri anjuran Krt Taman Cermai. Sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana inilah julung kalinya sambutan ini diadakan. Pelbagai kaum turut hadir dan memeriahkan majlis ini. Sekalung penghargaan kepada semua jawatankuasa yang bertungkus - lumus bagi memastikan sambutan ini dapat direalisasikan. Pihak jawatankuasa merakamkan penghargaan atas kedatangan Tuan Pengarah Perpaduan daerah Kubang Pasu En.Ismail Zakaria yang turut sama memeriahkan majlis ini dan diharapkan sambutan Aidil Fitri pada tahun depan dapat diadakan dengan lebih meriah lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan