18 Jun 2011

MESYUARAT JPPRT PARLIMEN KUBANG PASU

Pada 16 Jun, 2011 telah berlangsung mesyuarat tersebut buat kali pertama bagi Sesi 2011-2012. Mesyuarat yang dihadiri oleh semua Pengerusi KRT Parlimen Kubang Pasu dipengerusikan oleh Tuan Hj. Shuib bin Din, Pengerusi KRT Jitra Utara merangkap Pegawai Khas YB Ahli Parlimen Kubang Pasu. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Kubang Pasu juga turut dihadiri oleh Encik Ismail bin Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu dan Penolongnya, Encik Ku Aziz bin Ku Mat Isa.

Difahamkan bahawa JPPRT Parlimen Kubang Pasu ini adalah yang pertama seumpamanya yang ditubuhkan di negara ini. Di daerah Kubang Pasu, sebuah lagi JPPRT ialah di Parlimen Jerlun. Negeri Kedah yang pertama sekali mewujudkan JPPRT yang bertujuan untuk membantu JPNIN membangunkan komuniti setempat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian di kawasan komuniti kejiranan. Ianya juga mempunyai objektif untuk menjadi saluran komunikasi dua hala yang lebih berkesan antara anggota masyarakat dan kakitangan JPNIN ke arah penglibatan masyarakat dalam usaha memelihara keharmonian dan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.

JPPRT juga turut dianggotai oleh beberapa wakil NGO dan pegawai kerajaan tempatan sebagai Ex-Officio antaranya daripada IPD Kubang Pasu, PBSM, Pejabat Daerah.

Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah bagaimana untuk mengaktifkan KRT di Parlimen Kubang Pasu; menambahkan bilangan KRT serta membincangkan masalah dan isu perpaduan di Parlimen Kubang Pasu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan