12 Februari 2010

Awang Selamat-Utusan Malaysia

SKIM Rukun Tetangga atau dikenali sebagai RT cukup aktif sekitar 20 tahun lalu. Semua golongan penduduk ditemukan dalam aktiviti kemasyarakatan itu.

Baik Melayu, Cina, India, Punjabi dan semua bangsa bersatu padu menjayakan program itu. Balai-balai RT diuruskan oleh mereka. Jika pengerusinya seorang Cina, maka setiausahanya ialah Melayu dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada semua golongan.

Setiap malam, kumpulan demi kumpulan diatur bagi meronda kawasan kejiranan masing-masing.

Pendek kata, aktiviti itu muhibah sifatnya dan amat ideal dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini.

Kini, sejak beberapa tahun kebelakangan, skim itu sudah hilang hangatnya.

Awang, tidak pasti sama ada skim RT itu masih wujud atau tidak? Namun apabila terbaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon semalam, yang meminta RT bergiat lebih aktif lagi, barulah Awang sedar rupa-rupanya ia masih wujud.

Awang berharap skim RT dapat digemilangkan semula seperti mana 20 tahun lalu. Uar-uarlah melalui media supaya ia dikenali semula.

Melalui pengalaman 20 tahun lalu, Awang yakin skim RT ini berupaya mengembalikan perpaduan antara kaum dalam erti kata muhibah yang sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan